Thursday, July 15, 2010

kisah Jumaat

Assalamualaikum...


Januari 2002, SMK Cheras Perdana (sebelum dpt tawaran pegi sekolah asrama)..aku form 1 sekolah sesi petang.Tiap2 hari Jumaat kelas sesi petang mula pukul 2,agak lewat berbanding hari2 lain.Masa yg lebih tu sepatutnya digunakan untuk solat Jumaat.Tapi selalunya yg jd 'port' ialah CC dan juga pusat2 hiburan lain.Banyak tu masa untuk lepak beb, tak kan nk sia-sia kan kot.seminggu sekali je boleh dapat peluang mcm ni.kalau masa hujung minggu nanti susah nak gather ramai2.

Itu kisah aku kt Malaysia.

Pada lingkungan waktu yang sama, kat sbuah high school di Australia ni(lebih tepat lagi,kat Hobart), seorang sahabat muslim yg sebaya dgn aku bersama rakan-rakan semuslim lain tengah berhempas pulas nk kerjakan solat Jumaat.Disebabkan sekolah tak peruntukkan masa dan kebenaran untuk solat Jumaat berjemaah di masjid, diorang tekad buat jemaah sendiri.Pinjam satu bilik kt sekolah dan uruskan sendiri khutbah dan lain-lain sesama diorang.








pergh.terus aku tak jadi cerita kisah aku kat sahabat tu.

No comments: