Assalamualaikum.
All praises to Allah. And peace be upon His messenger.
Malam minggu. And there I was sitting in a very cold, air-conditioned hall, listening to a talk by an Ustaz. It was titled 'Paradigm Shift'.
Bukan pertama kali aku dengar talk dengan tajuk tersebut. Tapi ini kali pertama aku dengar ustaz tersebut yang sampaikan tajuk ni.
Ustaz yang merupakan lulusan dari Jordan. Universiti yang sama dengan pakcik aku pulak tu.
Sangat banyak point-point menarik yang disampaikan oleh ustaz tersebut sepanjang talk beliau. Tapi, yang paling memberi kesan ialah apabila beliau menceritakan kisah beliau dibelasah oleh orang-orang Jordan semasa beliau sedang menuntut di sana.
Seorang pelajar jurusan agama, dibelasah oleh penduduk bumi Anbiya'? Biar betul ustaz ni? Nak kencing orang pun agak-agak la.
Tapi memang itu la hakikat nya. Memang betul la ustaz tu dipukul oleh orang-orang Jordan.
Panjang ceritanya kalau nak terangkan satu-satu benda yang terjadi yang lead to pembelasahan ustaz tu oleh rakyat Jordan. Summary cerita, ustaz tu sebenarnya was standing up against pembulian oleh seorang remaja Jordan. Terjadi salah paham dengan bypassers kat situ yang akhirnya menyebabkan ustaz tersebut dan sahabat beliau dibelasah oleh sekumpulan orang-orang Jordan yang kat situ.
Anda cuba bayangkan sekumpulan pekerja bangla or myanmar tetiba dok tengking/ugut sorang budak melayu kat tengah-tengah KL. Konfirm la patriot negara yang berdekatan akan bengang dan belasah bangla or myanmar tu balik. Tanpa banyak soal. The same thing happened to ustaz tadi. Cumanya, ustaz dan rakan-rakan beliau yang bawa watak bangla tersebut.
Tapi itu bukan point utama yang aku nak sampaikan. Yang menarik ialah bagaimana ustaz menceritakan kisah tersebut. Gaya beliau yang laid back dan loyar buruk membuatkan audience semua ketawa terbahak-bahak bila beliau menceritakan kisah tersebut.
Aku pun tumpang gelak sekali.
Tapi dipenghujung kisah tersebut, ustaz tersebut berhenti, dan bertanyakan kepada kami.
"Awat hangpa semua gelak?"
Kami semua terdiam.
"Tu cerita sedih tau tak. Hangpa boleh bayangkan tak betapa takutnya, betapa sakitnya, betapa sedihnya aku masa tu? Aku ingatkan aku memang akan mati dah hari tu. dah berserah habis-habis kat Allah dah."
"Tapi la ni, bila aku cerita kat hangpa, semua pakat dok gelak. Jadi macam cerita lawak pulak. Awat jadi lagu tu?". Tanya ustaz tersebut sambil senyum.
Dalam hati aku, "Tapi ustaz pun gelak sekali tadi".
Sambung ustaz tadi, "Ha, kalau hangpa nak tau, itulah mujahadah".
"Benda yang kita rasakan sangat-sangat pahit sekarang ni, insyaallah akan jadi benda yang manis bila kita kenang balik di masa hadapan. Betul, dunia ini banyak ujian smpai kadang-kadang kita rasa nak putus asa. Tapi ingatlah, ujian-ujian ni akan berlalu. Malah, mungkin akan jadi pencetus senyuman pula di masa hadapan."
"Macam saya, tak pernah terbayang di akal macam mana kisah saya kena pukul tu, boleh jadi cerita kelakar pulak sekarang ni. Malah, sekarang ni kejadian tu dah jadi kenangan yang paling bermakna pulak sepanjang pengajian saya kat Jordan dulu."
Allahuakbar. Meremang bulu roma dengar kata-kata ustaz tersebut. Betul jugak tu. Tu kisah ngeri owh. Macam mana semua orang boleh gelak pulak?
Terus toleh kat member sebelah, yang mana dia pun komen "pergh.mantap,mantap"..Member tersebut pun ada berhadapan dengan ujian hidup beliau yang tersendiri.
Sama-sama kena paradigm shift malam tu.
Semoga kita semua terus tabah. Dengan pelbagai jenis ujian dan cubaan yang dihadapi. Dan diberi ilham serta jalan untuk mengatasi ujian-ujian tersebut.
Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil 'adzim.
No comments:
Post a Comment