Thursday, August 23, 2012

Kisah Pak Samad

Assalamualaikum.
All praises to Allah.and peace be upon His messenger.



Ini kisah Pak Samad.



Pakaian harian Pak Samad ialah jeans straight cut, kemeja T dan kopiah putih yang dihadiahkan anak sulungnya sekembalinya dia dari menunaikan haji di Mekah.

Umur Pak Samad sudah hampir mencecah 60 tahun.

Namun, beliau masih gagah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pegawai tinggi di sebuah syarikat multinasional di ibu kota.

Pak Samad bukan calang-calang orangnya.

PhD dalam ekonomi. Ijazah sarjana muda dalam perguaman.

Cukup terkenal dikalangan komuniti akademia antarabangsa

30 juzuk al-Quran didalam kepala.

Malah beliau juga sering menjadi rujukan berkenaan isu ilmu syariah dan ilmu hadis dikalangan pencinta ilmu agama.

Tetapi, Pak Samad masih tidak terlepas daripada menjadi sasaran tohmahan masyarakat di sekeliling.

Di tempat kerja, rakan-rakan syarikat multinasional beliau sering menggelar beliau sebagai 'kolot', sebagai 'budak kampung'. Hanya disebabkan kopiah putih yang sering melekat di kepala.

Di kalangan rakan-rakan masjid, digelarnya pula sebagai 'sekular', 'liberal' dan bermacam-macam lagi gelaran yang seerti. Hanya disebabkan jeans straight cut yang dipakai.

Pun begitu, Pak Samad tidak pernah gusar dengan cercaan yang sedemikian rupa.


Beliau masih cemerlang di tempat kerja. Hampir setiap bulan namanya akan terpampang sebagai employee of the month.

Beliau masih menjadi tetamu tetap masjid setiap kali azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat yang lima.



Dan yang paling menjadi keutamaan Pak Samad, isteri dan anak-anak tidak pernah dilupa.


Biarkan sahaja mereka yang mengata dengan pelbagai gelaran yang diada-adakan.




Kerana Pak Samad tahu bahawa bukan redha manusia yang hendak dicari.


Redha tuhan yang satu itu lah yang lebih dirindui.


Dan Pak Samad masih lagi meneruskan hari-hari nya dengan jeans straight cut dan kopiah putih di kepala.








No comments: