Saturday, June 30, 2012

nahi munkar?

Assalamualaikum.

All praises to Allah.and peace be upon His messenger.



"Kamu kata kamu tak suka kawan-kawan kamu buat maksiat, bercouple pegang-pegang tangan, pegi kelab-kelab malam dan sebagainya. dan kamu pun berterusan la dok berpesan kat mereka-mereka ni, atas nama amar ma'ruf nahi mungkar. 

Tapi pernah tak kamu terfikir apa sebenarnya punca kepada perbuatan-perbuatan mereka itu?

Pernah tak kamu terfikir yang kemungkinan KAMU lah sebenarnya punca tindakan mereka itu. 

Contohnya, mungkin mereka sebenarnya rasa seperti sahabat-sahabat mereka tak sudi mendengar dan membantu masalah mereka, maka mereka pun pergi la cari girlfriend/boyfriend untuk mengisi kekosongan itu.

Ataupun mungkin mereka rasa kelab-kelab malam itu lah cara terbaik untuk melepaskan tension, sedangkan kamu tidak mengajak mereka untuk membuat aktiviti-aktiviti lain yang lebih berfaedah."


Demikian pesanan seorang guru kepada kami suatu ketika dulu. Tiba-tiba teringat kata-kata beliau.



Pengajaran:

Amar ma'ruf nahi mungkar itu bukan hanya limited pada teguran-teguran atau pesanan-pesanan semata. tetapi sepatutnya perlu juga dalam bentuk supportive system. it should be a holistic movement. bukan limited to being a punitive or authoritative action.

Untuk menyediakan a conducive environment yang akan membantu manusia membuat pilihan yang lebih bijak dan berlandaskan iman, itu perlukan komitmen yang lebih tinggi.



Wallahu'alam.


No comments: