assalamualaikum...peace to all..
to all grammar nazi out there, u guys can have a break now because this post will be in bahasa melayu for some reasons..
sudah beberapa pihak bertanyakn kepada saya: adakah malaysia sebuah negara islam?selalunya saya akan menjawab ya.bila ditanya pula 'kenapa?'berbagai2 alasan yg saya berikn.tetapi jawapn 'ya' itu bukanlah menggambarkan prinsip sebenar saya.cuma saya malas membahasknnya dgn org.jika diperhatikan kerajaan islam madinah yg ditubuhkan oleh rasulullah s.a.w, sudah tentu terdapat perbezaan yg ketara dengan negara saya.antaranya ialah kita tidak mengamalkan undang2 islam sepenuhnya.
maka apa maksudnya?adakah kita merupakan negara yg 'kurang islam' berbanding kerajaan madinah pada masa itu?wujudkah perbandingan 'lebih islam' dan 'kurang islam'?
saya rasa perkara ini lebih mudah jika diterangkan menggunakan analogi.apa kata kita ibaratkn negara islam ini sebagai kereta 'sport'.maka kerajaan islam madinah yg ditubuhkn rasulullah adalah seperti sebuah kereta formula 1.ataupun sebuah ferrari enzo.atau lamborghini murcielago.malaysia pula hanyalah seperti proton satria.ia masih kelihatan 'sporty', tapi ia tidak berupaya memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang dari 3 saat.ia juga tidak mampu mencapai kelajuan melebihi 200km/j.power window nya juga akan bermasalah sebelum anda sempat membayar habis payment kereta itu.
maka apa pula OIC?bagi saya, ia hanyalah seperti sebuah persatuan pemilik2 kereta satria.yg ahlinya mempunyai pelbagai variasi kereta satria; ada satria neo, satria gt, satria old skool, satria pinjam, satria 2nd hand, satria curi, satria yg logo protonnya diganti dgn logo mitsubishi atau daihatsu, dan bermacam2 lg.
tetapi walau sebanyak mana pn ahlinya.satria tetap satria. ia x kn mampu menanding ferrari enzo.meskipun dipasang dgn spoiler yg bermeter2 tingginya.atau rim chrome yg berharga ribuan ringgit.ini memang sudah pasti kerana penghasilan sebuah kereta sport seperti kereta formula 1 atau ferrari memerlukan teknologi kejuruteraan yg tinggi dan penyelidikan yg mendalam yg mengambil masa bertahun-tahun.ia juga memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak.
namun, saya yakin bahawa setiap pemilik kereta satria itu pasti mengimpikan sebuah kereta seperti ferrari enzo.tetapi mustahil utk impian itu menjadi kenyataan jika tidak ada usaha yg dilakukan.
p/s: ini hanyalah pendapat saya yg mentah.saya yakin anda semua lebih mengetahui.jika anda rasa apa yg saya tulis ini salah, maka abaikan saja.
3 comments:
nice blog..100% agree..
visit my blog ok
salam dari UNIM
notingham-university.blogspot.com
ya..
amat2 stuju ngn ko si du..
110%!!
Post a Comment